fbpx
AKSI Trump selepas mengetuai mesyuarat dasar mengenai cukai di Las Vegas semalam. – AFP

Perjanjian ‘sangat hampir’, Trump setuju pergi ke Islamabad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata semalaam bahawa Amerika Syarikat(AS) dan Iran ‘sangat hampir’ untuk mencapai  perjanjian damai dan beliau mempertimbangkan pergi ke Pakistan bagi menandatanganinya.

Bercakap kepada pemberita di White House, Trump berkata, Tehran bersetuju menyerahkan simpanan uranium diperkayakannya, sementara kedua-dua negara turut mempertimbangkan rundingan lanjut di Islamabad.

“Kami sangat hampir untuk mencapai perjanjian dengan Iran.

“Kami perlu pastikan Iran tidak akan mendapatkan senjata nuklear. Mereka telah bersetuju sepenuhnya untuk itu. Mereka bersetuju dengan hampir semua perkara, jadi mungkin jika mereka kembali  ke meja rundingan, kali ini ada perbezaan,”  kata Trump semasa bertolak menaiki helikopter  rasmi  untuk perjalanan ke Las Vegas.

Ditanya sama ada beliau mungkin pergi ke Pakistan untuk menandatangani perjanjian tersebut, Trump memberitahu: “Saya mungkin pergi, ya. Jika perjanjian ini ditandatangani di Islamabad, saya mungkin pergi.”

Pemimpin AS itu turut memuji Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang ‘benar-benar hebat’ dan ketua tentera, Asim Munir atas peranan mereka sebagai perantara rundingan dengan Iran.

Naib Presiden JD Vance mengetuai delegasi AS ke Islamabad hujung minggu lalu untuk rundingan dengan barisan pegawai Iran tetapi pulang dengan tangan kosong. 

White House kini dalam perbincangan untuk mengadakan rundingan pusingan  kedua yang berkemungkinan besar juga akan diadakan di Pakistan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN