fbpx

Aliff Syukri ‘eksploit’ Ira Kazar jual tudung Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati dengan perbuatannya mengambil kesempatan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin menerusi jualan tudung miliknya.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kecaman netizen selepas dituduh mengambil kesempatan ke atas kesengsaraan rakyat Palestin untuk mempromosikan tudung jualannya.

Menerusi video yang tular dalam Facebook, kelihatan Aliff bersama beberapa individu lain termasuk isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang berarak dengan berkaki ayam sambil memegang bendera Palestin dan Malaysia.

Kamera yang dirakam kemudian dihalakan pada wajah Aliff yang kelihatan sedih, seolah-olah bersimpati dengan nasib malang penduduk Palestin akibat ‘dibantai’ kumpulan Zionis Israel.

Ketika kamera dihalakan pada wajah Ira Kazar, wanita itu turut mempamerkan riak wajah serupa. Bagaimanapun, wajah Ira yang dipaparkan beberapa kali menunjukkan tudung yang dipakainya turut bertukar kepada beberapa corak lain.

Dalam memperjuangkan solidariti untuk mangsa peperangan Palestin, secara halus video tersebut sebenarnya dikatakan juga bertujuan untuk mempromosikan tudung yang digayakan oleh anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berang dan menganggap usahawan tersebut tidak sensitif dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin apabila masih sempat membuat promosi untuk melariskan produknya.

“Kenapa aku nampak video ini tidak ikhlas langsung. Bukan saatnya untuk buat lawak. Tolong hormat sikit mereka (rakyat Palestin) di sana,” tegur seorang pengguna Facebook.

“Kalau iya pun nak buat promosi produk, bukan ini caranya. Dunia sedang bersimpati dan bersedih dengan rakyat Palestin,” kata seorang netizen.

“Jangan buat gurau dengan kesengsaraan orang. Nanti Allah SWT terbalikkan kesengsaraan itu pada diri sendiri,” ujar seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI