fbpx

Tragedi Batang Kali: Tiada bukti tindakan manusia punca tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang meninjau lokasi tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali tidak menunjukkan bukti kukuh berlakunya aktiviti antropogenik atau tindakan manusia terhadap alam sekitar.

Berdasarkan laporan forensik dikeluarkan di laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Nagara (Nadma) hari ini memaklumkan, taburan hujan dan hidrogeologi kawasan yang melibatkan perubahan rejim air bawah tanah dikenal pasti sebagai dua faktor penting menyumbang kepada kejadian tanah runtuh itu.

“Kejadian tanah runtuh itu berlaku atas faktor kejadian semula jadi dipengaruhi faktor cuaca seperti hujan serta geologi,” kata laporan itu.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 16 Disember tahun lalu adalah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI