fbpx

PRK DUN Jepak: GPS calonkan Iskandar Turkee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari menyampaikan watikah kepada Iskandar, yang dipilih sebagai calon GPS bagi PRK DUN Jepak.

BINTULU – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempertaruhkan Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari yang juga Presiden PBB, pemilihan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berusia 54 tahun itu dibuat selepas saringan dibuat dengan pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Beliau bukan orang lain di Jepak, lahir di sini dan mempunyai pengalaman,” katanya dalam majlis pengumuman calon GPS bagi PRK DUN Jepak di Hotel Magherita Plaza di sini.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian Datuk Talib Zulpilip, yang menyandang kerusi itu selama enam penggal sejak memenanginya pada 1996. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI