fbpx

Tengkorak, tulang manusia ditemui di dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKORAK dan tulang yang ditemui di dalam semak berhampiran pantai di kawasan Syahbandar, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Satu tengkorak dan tulang dipercayai milik manusia ditemui di dalam semak di kawasan Syahbandar, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tulang tersebut ditemui oleh seorang lelaki berusia 34 tahun yang kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian pada pukul 6.32 petang.

Katanya, bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Melaka Tengah telah ke lokasi dan pemeriksaan menemui satu tengkorak serta tulang di atas pasir di dalam kawasan semak pada jarak 20 meter dari pantai.

“Berdekatan tengkorak itu ditemui juga satu tulang pada jarak kira-kira lima meter serta seluar jeans dalam berkeadaan separuh tertimbus di dalam pasir.

“Menurut saksi yang menghubungi talian kecemasan MERS 999, dia menjumpai tengkorak itu pada pukul 6 petang ketika bersiar-siar di kawasan tersebut bersama rakan lelakinya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tambahnya, saksi bagaimanapun memaklumkan tidak melihat atau menjumpai apa-apa yang mencurigakan di lokasi kejadian.

“Setakat ini tiada kes laporan orang hilang dilaporkan di Balai Polis Melaka Tengah dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

“Tengkorak dan tulang tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk siasatan,” katanya.

Christopher berkata, pihaknya menyeru agar orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI