fbpx

PRK Kemaman: Pas yakin menang dapat undi ahli UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ( empat kanan) ketika merasmikan konvesyen DHPP Pusat di Shah Alam, hari ini. FOTO: Syakir Radin

SHAH ALAM – Pas yakin akan mengulangi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman nanti dengan memperoleh tambahan undi daripada penyokong UMNO.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, jangkaan itu berdasarkan kemenangan calon Pas pada kerusi tersebut dengan lebih 1,000 undi disumbangkan ahli UMNO.

“(Dari segi peluang) Insya-Allah (menang) bergantung pada Tuhan juga.

“Undi daripada UMNO datang kepada kita lebih 1,000 (pada Pilihan Raya Umum ke-15) sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Pusat, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui, PRK kali ini akan menyaksikan pengundi Cina lebih terarah kepada gabungan Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN).

Mengulas mengenai calon, Idris yang merupakan Ahli Parlimen Bagai Serai itu menyatakan senarai calon telah berada di peringkat pusat untuk penilaian sebelum diumumkan.

Ujarnya, senarai itu termasuk calon tempatan, orang luar dan yang bertanding sebelum ini (Che Alias Hamid).

“Senarai calon telah ada kepada kita, nanti kita umum. Orang tempatan dan orang luar pun ada.

“Kebarangkalian itu ada ( termasuk menamakan semula Che Alias). Namun, dalam Pas tidak rebutlah calon ini,” jelasnya.

PRK Parlimen Kemaman diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan penyandang kerusi itu dari Perikatan Nasional (PN) Che Alias dalam PRU15.

Pembatalan itu selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya di kawasan itu.

Pas bagaimanapun memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan, sebaliknya bersedia menghadapi PRK.

Dalam PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Ahmad Said, Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI