fbpx

Tiga beradik derhaka bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di media sosial menunjukkan seorang aktivis menyantuni Wanita yang dikasari anak mereka sebelum ini.

SEREMBAN – Tiga beradik lelaki yang ditahan selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kes tersebut melibatkan isu domestik (hal keluarga) dan ia telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya sebelum proses pendakwaan terhadap suspek dijalankan.

“Tiga suspek lelaki itu telah ditahan minggu lalu (5 Oktober 2023) dan semalam mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan berdasarkan laporan yang dibuat iaitu mencederakan orang dan merosakkan harta di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Townhall Discussion Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan ‘Revolusi Industri Pelancongan “Secure & Safety” dan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita di sini hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, kesemua keterangan suspek telah diambil dan dirakam daripada pelbagai aspek dan kita masih menunggu laporan perubatan.

Sebelum ini, media melaporkan tiga suspek yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini pada pukul 6.30 petang, 5 Oktober lalu sebelum direman selama empat hari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI