fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda Wilayah Herat, Afghanistan pada 7 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati mendalam kepada kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas susulan gempa bumi itu.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan orang lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

“Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini. Ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama mereka yang terkesan dengan bencana itu.

“Pada masa ini, urusan konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di Afghanistan dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” katanya di sini tadi.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Mereka boleh menghubunginya menerusi talian telefon +91-11-2415 9300 dan +91-85955 50594. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI