fbpx
Keadaan SUV jenis Proton X50 dinaiki kedua-dua mangsa yang terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai dekat Thailand semalam.

Kumpulan pemisah disyaki dalang letupan bom cederakan dua rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Persimpangan Sapom, Tak Bai, di sini semalam dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah.

Komander Pasukan Petugas Khas Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Yodawut Phungpha berkata, siasatan mendapati, kaedah dan tatacara perbuatan itu menyamai tindakan kumpulan tersebut di tiga wilayah Selatan Thailand dalam kes-kes yang berlaku sebelum ini.

Katanya, walaupun serangan bom buatan sendiri (IED) di Tak Bai semalam menyasarkan kenderaan pasukan keselamatan, ancaman kumpulan itu dilihat tidak lagi memilih sasaran.

“Kami percaya perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan pemisah yang tidak menyasarkan individu tertentu. Mereka tidak peduli, mereka hanya mahu mengganggu kestabilan Thailand.

“Mungkin politik, ideologi atau apa sahaja yang menyebabkan mereka berbuat demikian. Mereka mahu menjadikan wilayah Selatan Thailand tidak stabil dan letupan itu sekali gus menjejaskan imej negara, keyakinan ekonomi selain sektor pelancongan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yodawut memberitahu, pihak berkuasa sedang menyiasat dan memburu suspek dalam kes itu di semua 13 daerah di Wilayah Narathiwat.

Katanya, Pasukan Petugas Khas Narathiwat telah mengarahkan peningkatan pemeriksaan sekatan jalan raya, penutupan semua lintasan sempadan haram dan operasi segera untuk mengesan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN