fbpx

Pengantin Iraq trauma akui jiwa sudah mati walaupun selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Revan dan isterinya, Haneen ketika pengebumian ahli keluarga mereka.

BAGHDAD – Pasangan pengantin Iraq yang tular di seluruh dunia kerana majlis perkahwinan mereka bertukar mimpi ngeri menyebabkan 100 mangsa maut mengakui berasa trauma yang melampau dan amat mendalam.

Memetik portal Newsky, Revan dan isterinya, Haneen yang terselamat dalam tragedi itu sempat melarikan diri menerusi pintu dapur dewan perkahwinan memaklumkan, jiwa mereka sudah ‘mati’ selepas berdepan dengan kejadian ngeri itu.

“Ahli keluarga terdekat kami ramai yang mati, jiwa saya sudah mati dan tiada makna,” jelas pasangan itu.

Kata Revan, mereka berdua tidak mampu tinggal di kampung itu dan tidak boleh mendapatkan kebahagiaan jika terus menetap di situ.

Terdahulu, majlis perkahwinan gilang-gemilang yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai diuji dengan satu kejadian kebakaran sehingga menyebabkan 113 orang meninggal dunia manakala 150 yang lain cedera.

Revan yang menjadi pengantin lelaki diraikan pada hari itu kehilangan 15 ahli keluarga manakala isterinya pula kehilangan 10 ahli keluarga termasuklah ibu dan abangnya.

Bapa Haneen kini berada dalam keadaan kritikal.

Kebakaran ketika majlis resepsi itu berlaku apabila bunga api hiasan menyambar hiasan atas siling dewan perkahwinan sehingga ia jatuh mengenai tetamu yang hadir.

Dewan perkahwinan itu memuatkan jumlah tetamu yang ramai sehingga menyukarkan mereka menyelamatkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI