fbpx

Dewan kecil muat 400 tetamu jadi 900 punca kebakaran majlis kahwin di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran berlaku ketika majlis perkahwinan diadakan di bandar Hamdaniya pada Selasa minggu lalu. - Foto Indian.com

BAGHDAD – Kebakaran yang mengorbankan 113 orang dalam satu majlis perkahwinan di utara Iraq berpunca daripada kecuaian serius dan kelemahan langkah-langkah keselamatan, demikian menurut hasil siasatan kerajaan seperti laporan portal berita Middle East Eye semalam. 

“Kebakaran tidak disengajakan itu berlaku kerana kecuaian yang serius,” lapor penemuan  siasatan tersebut. 

Keputusan siasatan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri,  Abdul Amir al-Shammari dalam satu sidang akhbar semalam. 

“Menggunakan perhiasan mudah terbakar membantu api merebak yang  mengubah dewan majlis menjadi bebola api,”kata Shammari.

Tambahnya, api memerangkap tetamu di dalam dewan dan pasukan penyelamat sukar  menyelamatkan mereka kerana hanya terdapat beberapa pintu kecil. 

Sekurang-kurangnya 150 orang turut cedera akibat melecur, terhidu asap dan akibat dipijak ketika cuba melarikan diri. 

Kebakaran berlaku di sebuah dewan yang menampung sebilangan besar tetamu majlis perkahwinan pada Selasa minggu lalu di bandar Hamdaniya, juga dikenali sebagai Qaraqosh, dalam  wilayah Ninevah, utara Iraq. 

Awal minggu ini, pihak berkuasa berkata, bunga api  yang dinyalakan di dalam dewan tersebut membakar hiasan perkahwinan pada siling. Siling tersebut pula dibina daripada bahan yang  sangat mudah terbakar. 

Dewan itu boleh menampung  400 individu tetapi pemilik dan tiga kakitangannya  membenarkan kehadiran seramai  900 orang, demikian menurut laporan siasatan tersebut.

Siasatan sama turut mengesyorkan  tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa pegawai tempatan. 

Sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk pemilik dewan, 10 pekerja dan tiga orang yang disyaki membakar bunga api telah ditahan pihak berkuasa. – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI