fbpx
Pegawai JAS Terengganu sedang memantau alat pemantauan kualiti udara mudah alih yang dipasang di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun.

Kebakaran 34 hektar hutan Kuala Abang: JAS pantau kualiti udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memasang dua alat pemantauan kualiti udara mudah alih di Kampung Baru Kuala Abang berikutan kebakaran hutan paya gambut seluas 34 hektar sejak Khamis minggu lalu.

Pengarah JAS Terengganu, Hamzah Mohamad berkata, selain berhampiran lokasi kejadian kebakaran, alat mudah alih itu turut dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kuala Abang di sini.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan penyaluran maklumat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada Pejabat Tanah dan Daerah Dungun serta Pejabat Pendidikan Daerah Dungun

“Setakat ini, bacaan IPU di kawasan terjejas mencatatkan bacaan 88 iaitu pada tahap sederhana.

“Kita turut melakukan pemantauan kebakaran melalui dron bagi menilai tahap kawasan yang terjejas,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN