fbpx

Kartel penjenayah antarabangsa jadikan penjara markas operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELURU mesingan dan bahan letupan yang dirampas di dalam Penjara Tocoron dipamerkan pada satu sidang akhbar di Tocoron, Negeri Aragua, Venezuela kelmarin. – AFP

MARACAY, Venezuela – Pihak berkuasa Venezuela kelmarin mempamerkan berpuluh-puluh mesin melombong Bitcoin dan senjata berat seperti pelancar roket serta grenad dari sebuah penjara yang dirampas semula daripada penguasaan geng penjenayah.

Lebih 11,000 polis dan askar yang dibantu sebilangan kereta kebal serta kenderaan perisai menyerbu Penjara Tocoron di utara Venezuela kelmarin.

Penjara itu sudah lama menjadi pangkalan geng Tren de Aragua yang beroperasi di Venezuela dan negara-negara Amerika La­tin yang lain.

Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman, Remigio Ceballos memberitahu wartawan bahawa empat pengawal penjara telah ditangkap kerana disyaki berkomplot dengan anggota-anggota geng berkenaan yang hidup sebagai banduan.

“Tidak akan ada pengecualian. Kami akan membanteras semua penjenayah ini dan konco mereka,” kata Ceballos yang memuji kejayaan operasi tersebut.

Selepas mengisytiharkan mengambil alih kawalan Penjara Tocoron, kerajaan mula memindahkan seramai 1,600 banduannya ke beberapa lokasi lain.

Penjara itu dilengkapi kemudahan haram seperti sebuah zoo, kolam mandi, kasino mini, disko, padang besbal dan restoran.

Sesetengah banduan turut tinggal di penjara itu bersama isteri atau teman wanita masing-masing yang dihalau semasa operasi tersebut.

Ceballos berkata, sejumlah raifal penembak tepat, bahan letupan, pelancar roket dan grenad telah dirampas, manakala pihak berkuasa mempamerkan bertong-tong peluru, tali peluru mesingan dan mesin yang digunakan untuk melombong Bitcoin.

Pada Rabu lepas, kerajaan berkata, sesetengah banduan berjaya melarikan diri semasa operasi tersebut tanpa memberi butiran lanjut.

Menurut Ceballos, ketua-ke­tua geng penjenayah itu melayan banduan lain dengan buruk dan menjadikan mereka hamba.

Kumpulan penjenayah pa­ling berkuasa di Venezuela, Tren de Aragua menjadikan penjara tersebut markas mereka. Kumpulan itu terlibat dalam jenayah di seluruh negara berkenaan dan melebarkan cengkaman ke negara-negara jiran.

Menurut siasatan oleh wartawan Venezuela, Ronna Risquez, kumpulan penjenayah itu mempunyai seramai 5,000 ahli.

Geng tersebut muncul se­dekad lalu dan terlibat dalam jenayah penculikan, rompakan, penyeludupan dadah, pelacuran, peras ugut serta perlombongan emas haram.

Kumpulan pemikir InSight Crime menyatakan, Tren de Aragua juga merupakan kumpulan penjenayah utama dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI