fbpx

Majikan didenda RM60,000 gagal sedia sistem kerja selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Dua majikan masing-masing didenda sebanyak RM30,000 kerana gagal menyediakan sistem kerja lebih selamat kepada pekerja mereka.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, hukuman denda itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Noor Aini Yusof selepas wakil bagi kedua-dua syarikat iaitu dalam bidang kontraktor dan pembuatan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka, kelmarin.

Katanya, berdasarkan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 itu, kedua-dua syarikat didapati telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerjanya.

“Dalam hal ini, syarikat-syarikat itu telah gagal untuk menyediakan satu kaedah kerja yang selamat bagi aktiviti kerja mengangkat ‘billet’ menggunakan kren bergerak sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada seorang pekerja mereka iaitu pada 19 Disember 2020.

“Sabit kesalahan di bawah akta tersebut, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, hari ini.

Ujar JKKP Pulau Pinang, mangsa yang meninggal dunia itu merupakan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik oleh syarikat pembuatan itu untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

Katanya, kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Pulau Pinang, Mohd. Syazwan Ismail manakala siasatan pula dijalankan oleh pegawai penyiasat, Mohd. Al Fadil Mohd. Salleh. Ketika pertuduhan dibacakan, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

“JKKP Pulau Pinang berharap agar kes ini dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja agar pematuhan kepada undang-undang sentiasa diambil berat demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI