fbpx

Bertopi, tudung Nelydia Senrose pula ‘terbang’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelydia Senrose

IMEJ pelakon Nelydia Senrose yang sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan wanita di Bangkok, Thailand baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Dalam hantaran yang dikongsikan  Nelydia mengundang persoalan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya yang begitu santai.

Nampak seronok betul Nelydia bersama-sama kawan-kawan perempuanya, malah kelihatan juga kelibat kakaknya, Uqasha Senrose turut serta dalam percutian itu.

Bukan Mizz Lahar nak cerita pasal siapa yang mengikuti rombongan tersebut, sebaliknya komen netizen terhadap bintang Setia Hujung Nyawa itu.

Menerusi satu muat naik sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose dalam Instagram, kelihatan beberapa keping gambar Nelydia yang sekadar bertopi termasuk di hadapan pintu bilik dipercayai tempat penginapan mereka.

Belek punya belek, ruangan komen perkongsian itu dibanjiri komen netizen yang menegur dan mempersoalkan penampilan Nelydia, maklumlah dia kan sudah bergelar hajjah.

Kita tunggu jawapan Nelydia, mungkin kes terpencil saja, tapi sebenarnya aktres ini dah cukup jelita dan manis bertudung. 

Mizz Lahar: Ada artis yang khabarnya dalam cubaan mengganggu rumah tangga seorang taikun kosmetik popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI