fbpx

Bekalan beras dijangka stabil dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (kanan) ketika lawatan ke Gerai Jualan Agro Madani di Peladang Outlet (PO) Pokok Sena, Kepala Batas, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis bekalan beras tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu walau bagaimanapun berkata, sementara mencapai tempoh itu, pihaknya giat melaksanakan langkah intervensi menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menampung bekalan beras.

Katanya, langkah itu diambil sama seperti ketika kerajaan berdepan dengan masalah bekalan ayam dan telur baru-baru ini.

“Selain itu, seperti yang saya sebut dalam Dewan Rakyat kelmarin, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) sedang menuai padi dan kini sudah mencapai lebih 20 peratus.

“Bekalan beras itu akan dikilangkan sekali gus dapat menampung keperluan pengguna,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Jualan Beras Putih Tempatan di PPK Pokok Sena, di sini hari ini.

Menerusi program terbabit, sebanyak 2,000 kampit beras dijual khusus buat penduduk setempat.

Sementara itu, Mohamad menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembelian panik yang akan menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan beras di pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI