fbpx

Terminal Melaka Sentral tidak ubah seperti Dhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk dari Bangladesh yang dijual di sebuah kedai berdekatan Terminal Melaka Sentral, Melaka.

MELAKA – Bangunan kedai berhampiran Terminal Melaka Sentral, di sini dibanjiri warga Bangladesh serta Myanmar yang didakwa memonopoli perniagaan runcit sehingga ke kaki lima, sekali gus menjadikan kawasan itu seolah-olah perkampungan Dhaka.

Tinjauan Kosmo! di lokasi tersebut mendapati, beberapa laluan tangga ke tingkat atas ba­ngunan turut memaparkan papan tanda kedai runcit yang dipercayai diuruskan oleh warga asing.

Lebih mengejutkan, kumpulan itu didakwa telah menguasai kawasan itu lebih tiga tahun lalu dengan menjadikan rumah kedai berkenaan sebagai tempat tinggal serta pusat perniagaan.

Pemeriksaan Kosmo! di sebuah kedai runcit mendapati, sebahagian produk yang dijual didapati dibawa masuk dari Bangladesh seperti tembakau berperisa, ubat-ubatan, perkakas elektrik dan peralatan rumah.

Seorang pekerja syarikat pe­ngirim wang berlesen di bangunan itu yang dikenali
sebagai Zain, 40, berkata, pemandangan di kawasan komersial itu berubah kira-kira tiga tahun lalu apabila semakin ramai warga asing datang membeli barangan runcit di premis rakan senegara.

Katanya, dia juga pernah membuat laporan kepada pihak berkuasa susulan bau ikan kering yang dilonggokkan oleh peniaga warga asing di kaki lima
di se­belah premisnya, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Bau ikan masin boleh dihidu sampai ke dalam pejabat kami, memang pening kepala.

“Memang sebelum ini ada penguat kuasa datang termasuk Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), tetapi ketika itu semua kedai runcit itu tutup, seolah-olah maklumat telah bocor,” katanya di Jalan Plaza Melaka Sentral, di sini semalam.

Tambahnya, dia juga difahamkan kedai tersebut berlesen, namun semua pekerja dan peniaga adalah warga asing dengan sebahagiannya telah menetap lebih lima tahun di Malaysia.

“Setiap kali gaji, memang ramai warga asing berkumpul
di sini dan syarikat saya sendiri menerima sekurang-kurangnya RM30,000 wang yang dikirim­kan oleh mereka ke negara masing-masing dalam sehari,” ujarnya.

Seorang gadis berusia 21 tahun yang bekerja di kawasan itu berkata, lambakan warga asing di kawasan tersebut menyebabkan mereka rasa terancam dan tidak selamat apabila berjalan seorang diri.

“Memang takut, kadangkala mereka bergaduh sesama sendiri dan saya serta rakan sekerja akan cepat-cepat masuk ke pejabat dan mengunci pintu.

“Jika mahu ke pasar raya yang terletak berhampiran Sungai Melaka kira-kira 200 meter, saya terpaksa berpusing jauh untuk mengelak daripada bertembung dengan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI