APABILA Puan Sri Tiara Jacquelina, wanita yang cukup kuat aura Puteri Gunung Ledang menerusi Enfiniti Vision Media mengumumkan pementasan semula dan barisan pelakon muzikal ikonik, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), khalayak yang selama ini berasakan industri teater di Malaysia sedang tidur (mungkin) seolah-olah terjaga dari lena yang panjang. Paluan gong PGTLM kedengaran begitu kuat tidak hanya disebabkan nostalgia kepada penonton yang pernah menyaksikan kegemilangannya suatu ketika dahulu, tetapi turut membawa simbolik jauh lebih besar terhadap landskap seni persembahan tempatan.……














