fbpx

[KEMASKINI] Dua rentung dikenal pasti pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri itu rentung akibat kebakaran dua buah kenderaan terbabit.

GOMBAK – Dua mangsa yang ditemui rentung selepas kereta mereka naiki bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, di sini, awal pagi tad,i dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan terbabit kira-kira pukul 4.30 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa lelaki berusia 26 tahun memandu kereta Honda City bersama isterinya dari Bandar Country Homes menghala ke Rawang.

“Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun yang datang dari arah Rawang menghala ke Bandar Country Homes.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua kenderaan telah terbakar menyebabkan magsa dan isterinya berusia 23 tahun tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemandu lori berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua- dua mangsa warga tempatan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI