fbpx

Wanita pakai baju nanas semasa mengundi diminta pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu datang ke pusat mengundi dengan memakai baju dengan cetakan gambar nanas. - Mothership

SINGAPURA – Seorang wanita diminta pulang selepas hadir ke sebuah pusat mengundi di Singapura dengan memakai sehelai baju putih dengan cetakan gambar nanas, lapor laman berita Mothership hari ini.

Rakyat Singapura keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya Presiden pertama sejak lebih satu dekad.

Gambar wanita itu dimuat naik dalam platform Xiaohongshu bersama kapsyen: “Pada awal pagi tadi, seorang mak cik terpaksa pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya.”

Pengguna yang memuat naik gambar itu, Lianhe Zaobao berkata, wanita tersebut diminta pulang oleh kakitangan di pusat mengundi dan diminta untuk kembali semula.

Orang ramai dilarang memakai, menggunakan, membawa atau mempamerkan simbol atau propaganda kempen yang dikemukakan calon presiden semasa hadir ke pusat mengundi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI