fbpx

Kerana cemburu, remaja 17 tahun dituduh bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh rakannya di Rungkup, Bagan Datuk.- Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

TELUK INTAN – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya di Rungkup, Bagan Datuk, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin yang bertindak sebagai majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir di Kampung Sungai Payung Baroh, Selekoh dalam daerah Bagan Datuk antara pukul 6 petang hingga 8.30 malam, 20 Ogos 2023.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili peguam, Charanjit Singh.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia, patalogi dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 28 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, remaja berusia 17 tahun yang juga jiran mangsa ditangkap di kawasan Hutan Melintang.

Katanya, punca pembunuhan itu disebabkan suspek cemburu kerana mangsa dikatakan mengganggu teman wanitanya berusia 20 tahun.

Berita berkaitan: Remaja 17 tahun bunuh rakan sebab cemburu diberkas

Menerusi laporan media pada 24 Ogos lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher itu ditemuidalam parit di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di Bagan Datuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI