fbpx

Remaja 17 tahun bunuh rakan sebab cemburu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki reput dijumpai dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit dekat Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, Bagan Datuk.

TELUK INTAN – Suspek kes bunuh lelaki yang mayatnya ditemukan reput dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit di Rungkup, Bagan Datuk pada Rabu lalu, akhirnya daapt diberkas pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, remaja berusia 17 tahun yang juga jiran mangsa itu ditangkap di kawasan Hutan Melintang, kelmarin.

“Siasatan mendapati, suspek dan mangsa yang berusia 21 tahun merupakan rakan dan mereka berdua tinggal di kawasan perumahan sama di Teluk Intan.

“Punca pembunuhan itu disebabkan suspek cemburu kerana mangsa dikatakan mengganggu teman wanitanya berusia 20 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa pada 20 Ogos lalu sebelum mayat dibuang ke dalam parit di lokasi kejadian.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dengan tertangkapnya remaja itu, polis menangkap suspek dalam tempoh 48 jam selepas mayat mangsa ditemukan,” katanya.

Pada Khamis lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan luka di tangan, kaki dan leher ditemukan dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit di Rungkup.

Identiti mangsa bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti kerana keadaannya yang sudah reput selain tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama si mati.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian mangsa disebabkan luka pada kepala dan leher. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI