fbpx

Polis Perak rampas dadah bernilai RM440,550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas oleh Bahagian Narkotik IPD Kerian di Tanjung Piandang semalam.

PARIT BUNTAR – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian merampas dadah jenis ganja, Pil WY dan Methamphetamine bernilai RM440,550 yang mampu digunakan oleh 47,000 penagih.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, empat suspek berusia antara 19 hingga 41 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah kereta di Jalan Ban Tanjung Piandang semalam.

“Hasil pemeriksaan menemui dan merampas dadah dipercayai ganja seberat 5,461.75 gram bernilai RM17,050. Susulan penahanan empat suspek itu, polis sekali lagi membuat pemeriksaan di lokasi yang sama dan menemui sebuah beg galas berzip.

“Pemeriksaan menemui pil WY seberat 6416.02 gram dan dadah jenis methamphetamine seberat 2084.75 gram yang dianggarkan bernilai RM423,500. Kesemua dadah dirampas dianggarkan bernilai RM440,550,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, hasil saringan air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis THC dan Methampetamine selain kesemua suspek mempunyai jenayah rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.

“Mereka ini mula aktif sejak Jun lalu dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual di negeri ini. Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI