fbpx

Amirudin pula saman Muhammad Sanusi isu fitnah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dan Muhammad Sanusi

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaan skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan tunggal.

Sebelum ini, pada 9 Ogos lalu, peguam Amirudin telah menyampaikan surat tuntutan kepada Muhammad Sanusi yang memohon supaya defendan memohon maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi RM10 juta.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, Muhammad Sanusi telah menyampaikan ucapan fitnah pada Majlis Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah

Dalam ucapan itu, plaintif mendakwa, defendan telah membuat dakwaan mengenai skandal antara Amirudin dan Vincent yang mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor berkata ucapan yang dibuat Muhammad Sanusi secara melulu mengeluarkan dakwaan tidak benar ‘bermotifkan politik’ untuk ‘menyinggung pihak plaintif menjelang PRN.

Kenyataan fitnah dan penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah telah menyebabkan plaintif diperlekeh secara meluas oleh orang awam sebagai ‘cokia’ hingga menjejaskan watak dan reputasi.

Amirudin turut menjelaskan pihaknya sudah memperincikan secara panjang lebar projek pembersihan sungai itu pada sidang Dewan Negeri Selangor pada tahun lalu dan awal tahun ini serta pada sidang parlimen 1 Mac lalu.

Justeru plaintif dalam saman itu menuntut ganti rugi, am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan, serta perintah injunksi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada mengulangi dakwaan itu.

Sementara itu, peguam plaintif, Haijan Omar ketika dihubungi mengesahkan pemfailan saman tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Oktober ini bagi pengurusan kes seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI