fbpx
Keadaan sebuah rumah yang terjejas teruk selepas dibadai puting beliung yang melanda daerah Pontian kelmarin.

10 minit yang cukup menakutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sekurang-kurang­nya 24 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan teruk sehingga memaksa penduduk di­pindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya di sini susulan kejadian puting beliung yang melanda kawasan itu petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, angin kencang beserta hujan lebat berlaku selama lima hingga 10 minit, sekali gus menerbangkan bumbung zink dan meruntuhkan siling rumah. Situasi itu turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk

Seorang mangsa, Nurul Amani Hafieya Mohd Helmy, 15, berkata, dia melalui detik paling menakutkan dalam hidup apabila hanya mampu memeluk ibunya ketika ribut melanda kediaman mereka.

Menurutnya, ketika kejadian, dia hanya berada di rumah bersama ibunya, Norshaida Masud, 39, yang menghidap penyakit jantung tahap empat, manakala ahli keluarga lain tiada di rumah.

“Angin sangat kuat, bunyinya menakutkan. Saya hanya mampu berdiri sambil memeluk emak dan berdoa supaya ribut cepat berhenti,” katanya ketika ditemui di Jalan Rezab 1, Kampung Melayu Raya di sini semalam.

Seorang lagi mangsa, Faizul Paijan, 45, berkata, dia baru tiba di rumah selepas menghantar anaknya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat sebelum ribut melanda.

“Pada mulanya saya dengar bunyi desiran angin yang kuat, kemudian bumbung rumah bergegar sebelum tercabut diterbangkan angin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN