MENGERINGKAN haiwan peliharaan selepas mandi terutama kucing dan anjing di rumah boleh menjadi satu perkara rumit jika tidak dilakukan dengan betul atau penggunaan peralatan bersesuaian.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan adanya pengering binatang yang bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi memberikan keselesaan dan mengurangkan stress kepada haiwan peliharaan.
Gajet moden ini telah mengubah sepenuhnya cara pemilik mengendalikan masa mandi haiwan yang sebelumnya memakan masa lama dan memerlukan banyak tuala bagi memastikan bulu-bulunya kering.
Menurut Pakar Tingkah Laku Haiwan, Dr. Daniel Lee, penggunaan pengering yang senyap dan terkawal akan membuatkan haiwan lebih tenang berbanding kaedah pengering tradisional.
“Sebelum ini pemilik menggunakan ‘timbunan’ tuala terutama untuk mengeringkan kucing atau anjing. Ini mengakibatkan kesukaran buat pemilik untuk memastikan haiwan mereka benar-benar kering dan haiwan juga tidak akan bertahan lama membiarkan badannya dilap menggunakan tuala.
“Jika proses pengeringan tidak dibuat, berkemungkinan haiwan akan terdedah kepada masalah kulit, hipotermia, stres atau bulu kusut,” katanya di Tell Me About Your Pet.
Kecekapan mengendalikan haiwan dalam keadaan basah sangat diperlukan kerana pada waktu ini ia lebih cenderung berasa cemas, gelisah dan rimas.
Disebabkan itu, pemilik perlu bijak dalam mengendalikan situasi tersebut.
Salah satunya ialah dengan menggunakan mesin pengering rumah haiwan peliharaan Homerunpet DryboPlus.
Memetik Manuals Plus, alat bersaiz 46.7 sentimeter (cm) panjang, 43.7cm (lebar) dan 36cm (tinggi) dengan kapasiti 50 liter mampu menjadi solusi buat pemilik mengendalikan sendiri haiwan mereka di rumah.
Tanpa perlu menghantar ke salon haiwan, pemilik mampu melakukan sendiri proses mandian dan mengeringkan di rumah.
Manuals Plus turut berkongsikan video pengalaman seorang wanita yang berpuas hati menggunakan alat tersebut untuk mengeringkan kucingnya.
“Pengguna ini telah berkongsikan pengalaman selepas setahun menggunakan Homerunpet DryboPlus yang hanya mengambil masa sekitar 25 minit untuk mengeringkan kucingnya.
“Tanpa menghasilkan bunyi bising, alat tersebut beroperasi secara senyap dengan aliran udara lembut dan hangat.
“Terdapat tingkap kecil di sisi yang membolehkan pemilik mengusap atau memberus bulu kucing ketika proses pengeringan.
“Bulu-bulu yang gugur pula akan terus ke ruangan khas (vakum) tanpa berselerakan di seluruh ruangan,” jelasnya.
Selepas dimandikan, kucing terus dimasukan ke ruangan kabin DryboPlus dan peranti ditetapkan pada suhu selesa iaitu 40 darjah Celsius, manakala masa pengeringan selama 60 minit dengan kelajuan kipas ditetap pada tahap empat (maksimum).
Biarpun ditetapkan pada tahap tinggi, namun alat tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising sementara udara panas yang keluar dari bawah (dalam kabin) mengeringkan perut dan tapak kaki haiwan dengan teliti.
Oleh itu, alat tersebut dapat membantu pemilik untuk menjaga kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan mereka dengan lebih baik dan selesa di rumah tanpa perlu berbelanja lebih ke salon haiwan semata-mata mahu memandikannya dengan lebih selesa.














