fbpx
Tangkap layar yang mengaitkan MAIS termasuk imuniti istana.

MAIS sedia saman fitnah dakwaan tunggakan bayaran Masjid Al-Madaniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan termasuk memfailkan saman fitnah terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar berhubung isu tunggakan bayaran projek pembinaan Masjid Al-Madaniah, Subang di sini.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, pihaknya memandang serius penularan sebuah video di TikTok pada Isnin lalu yang mendakwa berlaku tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan majlis itu dalam projek berkenaan.

Menurutnya, dakwaan mengaitkan MAIS dengan penggunaan imuniti istana dan unsur rasuah sehingga menyebabkan bayaran tidak diselesaikan kepada pengadu adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

“MAIS memandang serius terhadap fitnah tersebut yang jelas menggunakan isu perkauman dan menyebabkan suasana tidak harmoni antara kaum dan agama.

“Ia juga boleh menjejaskan imej MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Justeru, MAIS sedang meneliti peruntukan undang-undang untuk tindakan sivil iaitu saman fitnah serta laporan polis bagi tindakan lanjut terhadap fitnah jenayah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pembinaan masjid tersebut diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan lantikan kontraktor utama oleh pihak berkenaan dan subkontraktor oleh kontraktor utama.

Tambahnya, berdasarkan maklumat ICU, semua bayaran sudah diselesaikan kepada kontraktor utama pada 31 Oktober 2023 selaras dengan syarat-syarat kontrak yang ditandatangani.

“Walaupun urusan pelantikan kontraktor dibuat oleh ICU, namun JAIS mengambil tindakan mempertemukan pihak kontraktor dan subkontraktor yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian.

“Namun tiada persetujuan dicapai antara kontraktor dan subkonktraktor terlibat. Isu ini juga dijawab oleh pihak JAIS dalam kenyataan media bertarikh 13 Disember 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN