AMERIKA Syarikat (AS) melangkah setapak lagi dalam inovasi pengangkutan apabila berjaya membina kemudahan unik yang digelar sebagai ‘jalan raya dalam makmal’. Inovasi itu membolehkan lori treler dan kenderaan berat diuji tanpa perlu berada di lebuh raya. Projek berteknologi tinggi yang pertama seumpamanya di negara Uncle Sam itu dibangunkan oleh Argonne National Laboratory dengan sokongan Jabatan Tenaga AS. Kemudahan berkenaan dikenali sebagai Heavy-Duty Dynamometer Test Facility iaitu sebuah sistem gergasi yang berfungsi seperti ‘treadmill’ untuk lori. Apabila sebuah lori berada di……














