fbpx

AIR Berhad berjaya raih projek ‘non-revenue water’ di UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan AIR Berhad dan pasukan UIAM di tapak Projek Pengurangan Air (Non-Revenue Water) di UIAM, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Peneraju industri air, Aliran Ihsan Resources Berhad (AIR Berhad), bejaya meraih kontrak bagi projek pengurangan air tidak berhasil atau non-revenue water (NRW) di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Ketua Pegawai Eksekutif AIR Berhad, Adam Saffian Ghazali berkata, projek itu telah mengukuhkan lagi kedudukan syarikat sebagai pemain industri air sekali gus membuka laluan baru bagi operasi mereka.

Jelasnya, bagi projek itu, AIR Berhad akan menyediakan program pengurangan NRW yang holistik merangkumi kejuruteraan, rehalibitasi aset dan penyelenggaraan bagi tempoh 36 bulan sebagai memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh UIAM.

“Skop kerja termasuklah kerja-kerja perancangan awal, reka bentuk, pembinaan infrastruktur serta kawalan kebocoran dan penyelenggaraan.

“Ia disokong dengan kepakaran yang dimiliki oleh AIR Berhad di samping teknologi dan kaedah-kaedah terkini yang telah terbukti dapat memberikan hasil kerja yang berkualiti tinggi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Saffian berkata, AIR Berhad menzahirkan keterujaan mereka dengan perolehan projek itu dan bangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh UIAM.

Tambahnya, ia secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai rakan kongsi yang dipercayai dengan nilai tinggi terhadap perkhidmatan dan penyelesaian yang ditawarkan.

“Kami komited untuk menggunakan segala kepakaran dalam pelaksanaan kontrak ini agar hasil kerja kelak dapat menjangkau keperluan pelanggan.

“Perolehan kontrak ini dijangka memberi kesan positif kepada prestasi kewangan AIR Berhad. Hasil tambahan yang dijana akan meningkatkan trajektori pertumbuhan AIR Berhad dan mengukuhkan kedudukan pasarannya,” ujarnya.

Pada masa sama, Adam Saffian memaklumkan, pakar industri turut memuji projek itu sebagai satu pencapaian yang penting untuk AIR Berhad dalam menarik pelanggan berprofil tinggi dan memberikan hasil yang cemerlang.

“Ia dijangka meningkatkan reputasi syarikat dan membuka lebih banyak peluang berkolaborasi pada masa hadapan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI