fbpx
HAKIM Danish menjadi pelumba kedua negara memenangi perlumbaan Moto3 selepas menawan GP Republik Czech di Litar Brno. - ZK RACING

Moto3: Hakim Danish pamer magis di Brno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 sensasi negara, Muhammad Hakim Danish Ramli melakar sejarah tersendiri apabila menjejakkan kaki ke podium buat kali kedua musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno sebentar tadi.

Walaupun memulakan saingan di petak ke-14 selepas dikenakan penalti 12 kedudukan, namun pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu mempamerkan tunggangan terbaik sepanjang perlumbaan.

Bersaing menentang Brian Uriarte dan Maximo Quiles, Danish langsung tidak berputus asa apabila memberi tekanan kepada kedua-dua pelumba Sepanyol itu sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

Kemenangan itu menyaksikan Danish berjaya menamatkan penantian selepas kali terakhir pelumba Malaysia muncul pemenang dalam perlumbaan Moto3 adalah menerusi Khairul Idham Pawi yang menawan Litar Sachsenring pada 2016.

Sebagai rekod, Danish turut menjejakkan kaki ke podium pada GP Itali di Litar Mugello bulan lalu selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Pada sesi latihan bebas Jumaat lalu, pelumba berusia 19 tahun itu turut mencipta sensasi apabila dua kali memecah rekod terpantas selepas mencatat 2 minit 04.938 saat (s) dan 2’04.754s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN