fbpx

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi: Jangan timbulkan polemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh menganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kenyataan KPM berhubung pelaksanaan modul itu jelas dinyatakan hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan modul ini.

“Dalam kenyataan KPM juga menjelaskan pelaksanaan modul ini bertujuan menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Na’im menyeru semua pihak memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi madani seperti yang dihasratkan Perdana Menteri.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan, program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI