fbpx

Empat lagi pengesan sisa radioaktif dipasang di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (tiga dari kanan) menyaksikan perasmian STEM Showcase '23 sempena Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang, di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan akan memasang empat lagi sistem pemantauan air spektrum gamma (sensor gamma spectrum water monitoring system) di perairan negara bagi mengesan sebarang sisa radioaktif di kawasan laut.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, pada masa ini, sistem pemantauan air spektrum gamma tersebut telah dipasang di perairan Sabah dan ia mampu mengesan sekiranya terdapat sisa radioaktif di kawasan perairan negara.

“Kita merancang untuk memasang empat lagi pemantauan air spektrum gamma di perairan negara, nanti kita akan tetapkan di lokasi mana ia dipasang.

“Untuk makluman semua, selain Malaysia, Singapura dan Vietnam sahaja mempunyai pemantauan air spektrum gamma dan Malaysia adalah negara ketiga yang memasang peralatan ini,” katanya selepas menghadiri STEM Showcase ’23 sempena Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini. Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Jepun dilaporkan mula melepaskan air radioaktif yang dirawat daripada loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik biarpun rancangan itu mendapat kritikan hebat dan sekatan import makanan laut oleh China, Korea Utara dan Hong Kong.

Laporan oleh Reuters berkata, kumpulan nelayan Jepun sendiri mengakui mereka bimbang pelepasan air itu akan mendorong kepada kemusnahan reputasi sektor makanan laut negara itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI