fbpx

[VIDEO] Abang Tesla minta maaf ramai suami kena marah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Tesla tampil memohon maaf berikutan perkongsian videonya berkahwin lagi menyebabkan ramai lelaki dimarahi isteri.

PETALING JAYA – Pengsohor media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla, tampil memohon maaf berikutan perkongsian videonya berkahwin lagi menyebabkan ramai lelaki dimarahi isteri.

Menerusi video berdurasi 44 saat di TikTok itu, dia turut menyertakan kapsyen, ‘Ada yang kena bebel dengan bini ke tu?’.

“Saya nak minta maaf kepada kaum lelaki. Disebabkan video saya, ramai kena marah dengan bini. Tak boleh keluar rumah la, dengar lagu pun kena marah dengan bini.

“Jadi nak minta maaflah kepada kaum lelaki disebabkan saya kahwin dua, kau orang yang kena marah,” katanya.

Walaupun menyatakan permohonan maaf, namun dia terus dikecam orang ramai yang masih tidak berpuas hati di atas tindakannya itu, termasuk golongan lelaki.

“Tak kena marah pun. Walaupun masih belum ada anak, masih sayangkan bini aku masa susah senang,” kata Rahmad Iqmar.

“Saya mewakili persatuan perempuan yang geram dan marah dengan Abang Tesla,” ujar Atikahmoja.

“Betul DDNK kata, tak kacak tak apa janji kaya kan. Tapi bagi saya, tak kacak tak apa janji setia pada yang satu,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

@abg.tesla Ada yg kena bebel tak berenti ke tu?? 🤣🤣 #abgtesla ♬ original sound – ABG.TESLA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI