Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
Mohamed Fadzli (duduk, kanan) pada sidang akhbar selepas pengumuman portfolio Exco Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

Negara

Kelantan ikut logo, tema Hari Kebangsaan sama Kerajaan Persekutuan

  • Oleh MUSTAQIM MOHAMED
  • 23 Ogos 2023, 2:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memutuskan untuk menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan sama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, meskipun mengikut tema yang diperkenalkan kerajaan iaitu Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, terdapat sedikit penambahan perkataan pada tema berkenaan.

Menurutnya, tema tersebut akan disambung dengan perkataan Membangun Bersama Islam yang merupakan slogan bagi Kerajaan Negeri Kelantan.

“Penambahan perkataan pada tema itu untuk menyesuaikan dengan aspirasi kerajaan negeri. Jadi, tema rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan di Kelantan adalah Malaysia Madani – Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.

“Insya-Allah kita akan menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan, cuma akan ada sedikit berbeza pada tahun ini berbanding tahun-tahun yang lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan lapan Exco Kelantan.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli memberitahu, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan pada tahun ini akan berlangsung pada malam 30 Ogos bermula pukul 6.30 petang.

Katanya, ia akan dimulakan dengan Program Kelantan Berselawat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sebelum bergerak ke dalam stadium tersebut untuk sambutan rasmi dan sambutan Ambang Merdeka.

“Pelbagai acara dianjurkan pada malam itu sementara menunggu detik ambang merdeka. Paling menarik, persembahan bunga api akan diadakan sekali gus di luar kebiasaan semasa sambutan ambang merdeka di Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tags: Hari KebangsaanKelantankerajaan kelantanlogosambutantema
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Bukan kepala air, 5 kampung terjejas banjir kilat di Baling

30 November 2026, 12:03 am

Hujan lebat sejak pukul 3 petang, 79 mangsa dipindah ke PPS

29 November 2026, 11:58 pm

Star City bangkit ikat KL City

29 November 2026, 11:34 pm

EPL: Liverpool, Everton berkongsi satu mata

29 November 2026, 10:12 pm

ABCS2026 mampu angkat GTA ke pentas kompetitif

29 November 2026, 9:14 pm

Sasterawan Perlis, Abd. Rahim Abdullah meninggal dunia

29 November 2026, 8:59 pm

Wanita warga Jepun maut jatuh dari aras tiga KLIA2

29 November 2026, 8:56 pm

[VIDEO] ‘Tolong tag adik terkena bola hoki’

29 November 2026, 8:39 pm

BERITA BERKAITAN

Pulut 4 beradik ‘ikat’ selera ramai di LePark Kampung

29 November 2026, 9:45 am

Liga Super: Misi kejutan KRW FC berkecai

27 November 2026, 10:33 pm

‘Sekelip mata saya hilang Haider, Hayyan’

27 November 2026, 3:25 pm

Abang trauma, rasa bersalah dua adik meninggal dunia

27 November 2026, 2:05 pm

Hujan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu sehingga Ahad

26 November 2026, 7:35 pm

Dua beradik maut pulang dari sekolah

26 November 2026, 5:31 pm

100 hari penentu hala tuju baharu KAFA

26 November 2026, 2:10 pm

[VIDEO] Bayi lelaki 20 bulan hilang semalam sudah ditemui selamat

23 November 2026, 11:06 am
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)

×