fbpx

Nahas Elmina: Hampir rebah lihat nama menantu di televisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Rusli (kanan) sedih mengenangkan kejadian menimpa menantunya yang terkorban di rumahnya di Kampung Ketari di Bentong, hari ini.

BENTONG – “Saya tak sangka apabila terbaca nama menantu dalam televisyen malam semalam, saya hampir rebah lepas itu.”

Itu kata Ahmad Rusli Ibrahim, 82, bapa mertua kepada Idris Abdol Talib Ramli yang merupakan antara mangsa tragedi pesawat terhempas di Shah Alam, semalam.

Dia yang tinggal seorang diri di rumahnya, di Kampung Ketari di sini berkata, anak perempuannya Adlina Aishah Ahmad Rusli yang trauma mengenai kejadian, tidak menghubunginya malam semalam bagi memberitahu kejadian tersebut.

“Saya terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita ini apatah lagi memikirkan anak-anaknya masih kecil dan anak ketiganya berumur tidak sampai tiga bulan.

“Semasa hari kejadian dia (Adlina) ada telefon dan saya hanya menanyakan anak dan suaminya sebelum dia menyatakan mereka baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ketari, di sini hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham adalah seminggu lalu ketika dia bertandang ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.

Katanya, tiada apa-apa perubahan ditunjukkan mangsa ketika itu yang seperti biasa melayannya dengan baik ketika dia bertandang ke rumah mereka.

“Dia memang jenis pendiam dan seperti biasa semasa saya bertandang ke rumahnya, dia tidak banyak berborak dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

“Saya reda kerana itu hak dia (Allah) hendak ambil balik apa lagi yang kita hendak cakap. Walau rasa kehilangan tetapi tahu dia dibawa balik tuhan ke tempat lebih luas di alam lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI