fbpx

Nahas Elmina: Tiga maut termasuk penunggang motosikal, juruterbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai pesawat yang terbakar disyaki terhempas di atas jalan di Elmina, Denai Alam, di sini, sebentar tadi.

SHAH ALAM – Tiga maut termasuk penunggang motosikal dipercayai maut rentung terbakar dalam nahas pesawat disyaki terhempas di atas jalan di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini, sebentar tadi.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi.

Pesawat tersebut dipercayai merupakan jet persendirian sedang dalam perjalanan dari arah Langkawi ke Subang Jaya.

Dalam rakaman sebuah video juga, terdapat sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar telah terhempas di atas jalan raya serta kelihatan mayat rentung di tepi jalan.

Walau bagaimanapun, jumlah sebenar dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan pihak bomba sedang giat usaha memadamkan api di lokasi kejadian.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI