fbpx

Lesen peniaga ‘jual’ premis di Padang Besar akan ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat jualan di sebuah pasar yang menjadi tumpuan di Padang Besar baru-baru ini.

KANGAR – Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melakukan sewa atas sewa atau aktiviti ‘Alibaba’ kepada peniaga dan tauke-tauke dari Thailand.

Pengerusi Jawatan Kuasa Hubungan Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, mereka yang dikesan melakukan aktiviti Alibaba berdepan tindakan tegas seperti ditarik semula lesen perniagaan yang diberikan pihak berkuasa negeri.

Katanya, ini adalah amaran keras daripada pihaknya dan tindakan tegas tanpa kompromi itu akan diambil terus kepada peniaga yang berniaga di kawasan di bawah kuasa pentadbiran kerajaan ne­geri seperti di gudang beli-belah Padang Waremart dan Plaza Ria Padang Besar.

“Kawasan perniagaan di Padang Besar kita terbahagi kepada lima bahagian, dua daripadanya adalah di bawah kuasa pentadbiran negeri iaitu Padang Waremart dan Plaza Ria Padang Besar yang akan dibuka tidak lama lagi.

“Di dua kawasan perniagaan itu, saya telah nyatakan dengan tegas ia perlu diuruskan oleh orang tempatan dan kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan menarik semula atau membatalkan lesen perniagaan sesiapa sahaja yang sewakan premis mereka kepada peniaga negara jiran,” katanya kepada Kos­mo! Ahad di sini semalam.

Pada Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan kawasan tumpuan pelancong di Padang Besar kini didominasi oleh peniaga dan pekerja dari negara jiran.

Kawasan tersebut menjadi rebutan kepada peniaga dari Thailand sehingga disifatkan sebagai ‘lubuk emas’ dan situasi tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati peniaga tempatan.

Izizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penguatkuasaan Bersepadu negeri berkata, tiga lagi kawasan di Padang Besar yang menjadi tumpuan pengunjung adalah di Arked Niaga Padang Besar, Gapura Square dan Pavilion Padang Besar yang akan dibuka tidak lama lagi.

“Ketiga-tiga lot niaga kawasan ini adalah pemilikan individu serta ia bukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan terdapat juga peniaga yang mengupah pekerja dari negara jiran,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI