fbpx

Bonda Sultan Mizan mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Besar Terengganu Fatimah.

KUALA TERENGGANU – Bonda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat, hari ini.

Datuk Pengelola Diraja, Datuk Mohd. Sopian Abu Bakar memaklumkan, bonda Sultan Mizan Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada pukul 3.17 pagi.

Beliau berkata, jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini selepas solat asar ini.

“Jenazah Tengku Besar Terengganu (Fatimah) akan dibawa pulang dengan pesawat khas ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

“Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah di sini untuk upacara penghormatan terakhir,” katanya, di sini hari ini.

Mohd. Sopian berkata, istiadat pemakaman akan dilaksanakan selepas solat asar dan jenazah.

Beliau berkata, Sultan Mizan telah memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI