Yang Amat Mulia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam semalam.

Kekanda Sultan Pahang mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kekanda Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Setia Hajjah Aishah Sultan Ahmad Shah telah kembali ke rahmatullah malam semalam.

Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, Yang Amat Mulia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Kemangkatan almarhumah merupakan satu kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Pahang khususnya Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan ke bawah duli paduka baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh keluarga dan kerabat Diraja Pahang.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan almarhumah, menerima segala amal ibadat serta kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat, menempatkan roh almarhumah dalam kalangan para solihin serta di syurganya dan sama-sama kita mendoakan roh almarhumah akan bersama orang orang yang solehah,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah almarhumah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang di Pekan Pahang untuk disemadikan dengan penuh penghormatan dan istiadat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN