fbpx

Norza ‘pujuk’ Misbun kembali ke BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Misbun Sidek dipujuk kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi mengemudi skuad remaja negara ke Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengambil risiko dipersoal Ahli Majlis selepas menawarkan Datuk Misbun Sidek kembali menggalas tugas sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Terdahulu, Misbun yang memiliki kontrak sehingga hujung tahun ini menyuarakan rasa kecewa kerana khidmatnya ditamatkan lebih awal ekoran kegagalan skuad remaja negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogjakarta, Indonesia bulan lalu.

Mohamad Norza berkata, beliau dan Misbun memiliki hubungan cukup baik serta memohon maaf kepada legenda badminton tanah air itu selain menjelaskan, masalah komunikasi menjadi punca kepada kemelut tersebut.

Justeru, beliau mengambil keputusan menawarkan semula jawatan tersebut kepada Misbun sehingga kontrak berakhir hujung tahun ini bagi membolehkan beliau mengemui skuad remaja pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

“Saya yang buat ini dan ia mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Majlis tetapi, namun sebagai Presiden saya sentiasa mendengar sentimen dari peringkat bawahan dan bertanggungjawab bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Tidak ada guna kita bertengkar, bagi kami ia adalah disebabkan masalah komunikasi. Jika beliau terkilan kerana masalah komunikasi ini, saya minta maaf, bagi pihak saya sendiri dan BAM.

“Bagi saya kita adalah satu keluarga yang besar, tidak ada gunanya semua perbalahan seperti ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ABM Bukit Kiara, di sini hari ini.

Sekiranya Misbun menerima tawaran tersebut, tugasan penting buat beliau adalah bagi mempersiapkan barisan pemain perseorangan remaja negara dalam menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI