fbpx

Sanusi umum projek tapi tak ada duit – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution

SUNGAI PETANI – Segala tawaran Perikatan Nasional (PN) Kedah termasuk melaksanakan projek mega sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek yang dirancang sukar dilaksanakan sekiranya kerajaan pusat tidak memberikan kelulusan dan peruntukan.

“MB (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) kata nak teruskan projek swasta iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), tetapi depa tak ada duit.

“Bank pula hanya biaya (projek) kalau kerajaan (pusat) beri kelulusan. Dengan kelulusan itu, baru syarikat (pelaksana projek) akan pergi kepada institusi kewangan,” katanya ketika berucap pada Ceramah serta Pengumuman dan Pengenalan Calon Perpaduan Kedah di Merbok, dekat sini malam tadi.

Kata beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, Muhammad Sanusi juga ada menyebut tentang projek pembangunan zon ekonomi sempadan.

“Saya nak beritahu Sanusi bahawa soal pembangunan sempadan melibatkan aspek keselamatan yang mana keselamatan itu bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi Kerajaan Persekutuan dalam Jadual Perlembagaan.

“Jadi biar reti sikit, bila nak buat projek kena tahu wilayah tanggungjawab kita. Saya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan Negara sebagai Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.

Bagi projek Loji Rawatan Air (LRA) pula, katanya, beliau selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri memantau semua projek Kerajaan Persekutuan di Kedah.

“Projek LRA ini jumlahnya RM1.6 bilion, saya pantau lima projek itu supaya bekalan air bersih untuk penduduk Kedah siap.

“Sanusi boleh umum tetapi tidak ada duit dan yang boleh beri jaminan LRA siap adalah peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI