ISU artis baru atau generasi muda dilabel sombong serta kurang mahir berkomunikasi bukan perkara asing dalam industri seni.
Saban hari ada saja cerita sebegitu singgah di telinga Diva. Rata-ratanya masih tidak begitu pandai nak menjawab soalan media dan adakalanya nak melayan orang pun tidak acuh.
Namun, ada seorang artis muda yang Diva perlu berikan pujian ketika ini ialah Auddra atau mesra dipanggil sebagai Oddah. Mesra, petah berkata-kata dan kemahiran komunikasinya boleh dikatakan bagus berbanding rakan seperjuangannya.
Jadi, tidak salah kalau artis lain menjadikannya contoh sebab semua kemahiran itu boleh membawa seseorang pergi jauh dalam industri. Kalau tak pandai menjawab soalan dan bodoh sombong, payah juga media nak bantu.
DIVA: Ramai menyampah dengan lakonan ‘over acting’ Chacha Maembong, betul ke?














