fbpx

Kerajaan negeri mahu kurangkan 3,000 rumah setinggan di pusat bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ melihat model rumah yang dipamerkan sambil diperhatikan Mohd. Jafni sempena Majlis Pelancaran JPEX Johor Property Expo 2023 di Angsana Mall Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berhasrat untuk membasmi perumahan setinggan khususnya di kawasan pusat bandar raya ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ketika ini terdapat sebanyak 8,973 kediaman setinggan melibatkan 79 penempatan di Johor Bahru termasuk di sekitar kawasan pusat bandar.

Menurut beliau, pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan sehingga kira-kira 3,000 penempatan setinggan menjelang tahun 2026.

“Majoriti penduduk di kawasan penempatan setinggan ini telah ditawarkan dengan kediaman lebih bersesuaian, namun apabila mereka terima kunci untuk kediaman tersebut, rumah setinggan asal mereka masih dihuni orang lain.

“Mungkin anak beranak, saudara mara atau sepupu-sepapat mereka, rumah setinggan itu kekal tetapi diduduki orang lain. Jadi satu kaedah lebih baik akan dilaksana untuk menangani isu legasi ini.

“Oleh itu, kita sasarkan dalam tempoh masa tiga tahun untuk kurangkan sebanyak 3,000 kediaman setinggan di bandar raya ini, termasuklah yang terletak di kawasan berhampiran sungai,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ekspo Hartanah Johor di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI