fbpx

Hukum segera pencemar Sungai Kubang Tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saliran air untuk pertanian sawah yang bersambung dengan Sungai Kubang Tiga bertukar hitam dan mengakibatkan hasil pertanian terjejas di Kampung Sungai Kubang Tiga, Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menjadi punca berlakunya pencemaran Sungai Kubang Tiga, di sini baru-baru ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya mahu Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 dikuatkuasakan dengan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu berlaku.

“CAP berharap JAS me­ngenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berdasarkan peraturan-peraturan yang termaktub di bawah AKAS 1974.

“CAP kesal walaupun kejadian itu sudah lama berlaku tetapi tindakan yang diambil agak lambat menyebabkan kesannya ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di situ menjadi bertambah serius,” katanya di sini semalam.

Kosmo! baru-baru ini mendedahkan siasatan JAS Perlis mendapati masalah pencemaran Sungai Kubang Tiga di sini berpunca daripada pelepasan air larut resap (leachate) dari Tapak

Pelupusan Sanitari Rimba Emas menyebabkan air su­ngai itu tercemar, bertukar warna menjadi hitam dan berbau.

Sebelum itu, air sungai tersebut boleh digunakan untuk mandi dan orang ramai menjalankan aktiviti penangkapan ikan tetapi sekarang tidak lagi boleh berbuat demikian.

Malah, petani yang menggunakan air sungai itu untuk tanaman mereka juga mengalami kerugian kerana hasil pendapatan berkurangan sejak pencemaran itu berlaku.

Kata Mohideen, Jabatan Pertanian negeri juga perlu membuat penilaian berhubung hasil tanaman petani yang terjejas dan memberi pampasan kepada mereka bagi meringankan beban akibat kerugian yang dialami selama ini.

“CAP meminta JAS, Majlis Perbandaran Kangar dan Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan undang-undang kepada pihak terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI