ANKARA – Sebuah pesawat membawa Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mendarat cemas di Turkiye semalam berikutan masalah teknikal, kata kerajaan Madrid sekali gus mengesahkan laporan media.
Sanchez sedang dalam perjalanan ke negara jiran Turkiye, Armenia untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah (EPC) apabila insiden berlaku.
“Delegasi Sepanyol akan bermalam di Ankara sebelum menyambung semula perjalanan mereka ke Armenia pada waktu pagi,” kata kenyataan Madrid.
Ia tidak memberikan butiran tentang masalah teknikal yang dialami.
Para pemimpin Eropah akan berkumpul di ibu negara Armenia, Yerevan, untuk mesyuarat EPC, bermula hari ini. – AFP














