fbpx
Mila Mohsin menegaskan tiada unsur nepotisme dalam proses pemilihannya sebagai pemegang watak Gusti Putri untuk teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLTM) yang akan berlangsung pada Oktober depan.

‘Kalau ragu, datang tengok sendiri persembahan saya nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sedar dengan pelbagai tohmahan khalayak, pelakon Mila Mohsin menegaskan tiada unsur nepotisme dalam proses pemilihannya sebagai pemegang watak Gusti Putri untuk teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLTM) yang akan berlangsung pada Oktober depan.

Mila atau nama penuhnya Hani Karmila Hani Mohsin, 28, berkata, dia tidak dapat menutup mulut mana-mana pihak sebaliknya berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk membuktikan kemampuannya.

“Sudah beberapa kali saya dengar tentang nepotisme. Saya tak dapat ubah pemikiran segelintir manusia sebab mereka berhak untuk berfikir apa sahaja.

“Jika kalian tertanya-tanya atau masih mempunyai keraguan, datang dan saksikan sendiri persembahan saya nanti.

“Saya akan beri yang terbaik selepas bekerja keras setiap hari. Saya percaya hasil kerja akan berbicara dengan sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan episod ketujuh drama Good Boys Go To Heaven di sini, semalam.

Merungkai tanda tanya ramai, dia juga turut menghadiri uji bakat bagi merebut peluang memegang watak ikonik tersebut.

Katanya, persaingan sangat sengit antara para pelakon yang hadir dan turut meminta resti ibunya iaitu Puan Seri Tiara Jacquelina.

“Saya hadir uji bakat sebba ini pementasan teater PGL, tidak boleh sesuka hati sertai dan mengangapnya mudah.

“Ramai yang datang dan memberikan yang terbaik semasa sesi uji bakat. Sebenarnya saya tak beritahu mama sehinggalah minggu terakhir.

“Dia tanya sama ada saya pasti dengan keputusan untuk uji bakat dan saya jawab ya sebelum dia setuju. Itulah cara saya meminta restu daripadanya,” katanya yang membuat semua persiapan sendiri termasuk menghadiri kelas nyanyian.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu pemilihannya sebagai watak utama turut melalui tapisan termasuk daripada ibunya sendiri.

“Ini bukan sebarang watak. Jadi sebagai pengarah, ibu saya sendiri tak mungkin memilih sesiapa sahaja untuk memegang watak ini termasuk anaknya sendiri.

“Alhamdulillah syukur, dia merasakan saya layak dan sesuai untuk membawa watak tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Tiara selaku Penerbit eksekutif juga pengarah PGLTM, mengakui terkejut apabila Mila menyertai uji bakat naskhah ikonik tersebut.

Ujarnya, sengaja merahsiakan perkara tersebut kerana menyedari akan meletakkan ibunya dalam posisi serba salah untuk membuat penilaian secara profesional.

Selain Mila, watak PGL turut bakal dimainkan penyanyi Aisha Retno disamping Aqasha sebagai Hang Tuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN