fbpx
Tangkap layar video tular keadaan banjir kilat di Medan Selera 223, Petaling Jaya pada petang semalam.

[VIDEO] ‘Port nasi lemak, sup padu di PJ naik air paras pinggang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Medan Selera 223 yang menjadi tempat popular bagi hidangan nasi lemak dan sup di sini turut dinaiki air susulan hujan lebat petang semalam.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan beberapa peniaga dan pekerja medan selera tersebut cuba menyelamatkan barangan dengan keadaan banjir kilat mencecah paras pinggang.

“Hujan lebat di Petaling Jaya petang tadi (semalam) meyebabkan banjir kilat dan Medan Selera 223, port (tempat) nasi lemak dan sup padu juga kawasan industri sekitar tenggelam paras pinggang. Semoga dipermudahkan urusan orang PJ semuanya,” kata pengguna Thread Shafeeqmn berkongsi video kejadian berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas, malah ada yang mendakwa medan selera berkenaan sering dilanda banjir kilat sekiranya berlaku hujan lebat.

“Kedai mak saya dan pekerja mak sy lah tu dalam video. Dah lebih 20 tahun begitu. Kalau hujan lebat je memang laju air naik. Bawah kedai tu longkang. Dari dulu, bukan sekarang je. Ni dah hari ketiga berturut-turut banjir,” komen Shasha_m.s.

“Sedih kasian tengok. Barang elektrik semua mesti rosak. Nanti buka semua, kitorang support (sokong). Nasi lemak 223 paling sedap dan legend (legenda) kegemaran keluarga kami,” Illyariffin.

“Macam tak percaya Medan Selera 223 boleh banjir teruk macam ni. Dulu tahun 90-an tak ada banjir pun kawasan ni. Selalu juga pergi makan malam kat medan selera ni dulu-dulu masa masih pelajar,” komen Shima1629.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, paras air sungai di beberapa kawasan di Selangor dilaporkan meningkat susulan hujan berterusan sejak petang.

Menerusi laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, bacaan terkini menunjukkan paras air di Taman Mayang, Petaling Jaya mencecah 18.01 meter, melepasi paras bahaya 18 meter dengan trend terus meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN