fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki dan wanita bertengkar di Kajang baru-baru ini.

Tiada insiden pukul, suami isteri hanya bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis mengesahkan video tular memaparkan pertengkaran di kawasan Jalan Prima Saujana 2/1A di sini, hanya melibatkan pergaduhan mulut tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasangan tersebut kira-kira pukul 3.28 petang, semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati individu terlibat merupakan pasangan suami isteri.

“Semakan terhadap rakaman video berdurasi kira-kira 30 saat itu menunjukkan kedua-dua pihak hanya bertengkar secara lisan tanpa sebarang perlakuan fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan,” katanya.

Tambahnya, pengadu wanita juga mengesahkan dia tidak dipukul dan menafikan dakwaan bahawa suaminya mencederakannya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki dan wanita bertengkar di pekarangan belakang deretan rumah kedai di Jalan Prima Saujana, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN