fbpx

Mohoric nafikan hasrat Asgreen di TdF 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHORIC (kanan) berjaya mencatat kemenangan pada perlumbaan peringkat ke-19 TdF selepas memintas Asgreen pada saat-saat akhir. - AFP

PARIS – Harapan pelumba kelahiran Denmark, Kasper Asgreen untuk merekodkan kemenangan kedua berturut-turut pada peringkat ke-19 Tour de France (TdF) tidak kesampaian selepas dipintas Mateh Mohoric pada saat akhir di garisan penamat.

Pada perlumbaan tersebut, Asgreen yang mewakili pasukan Soudal-QuickStep berjaya mendahului sebahagian besar perlumbaan tetapi Mohoric yang bersama Bahrain Victorious mempamerkan kayuhan bertenaga pada penghujung saingan.

Keputusan terpaksa ditentukan menerusi photo finish dengan pelumba AG2R Citroen, Ben O’Connor melengkapkan kedudukan podium.

Mohoric mengakui cukup beremosi apabila dapat meraih kemenangan pertama dalam saingan TdF selepas hampir tiga minggu menantikan detik ini.

“Ini adalah kemenangan yang paling bersejarah dalam karier saya kerana segala pengorbanan yang saya lakukan sebelum ini ternyata berbaloi. Bukan mudah untuk menjadi pelumba profesional kerana anda perlu lakukan persiapan rapi.

“Malah, anda perlu tinggalkan keluarga untuk tempoh yang cukup lama dan saya harap kemenangan ini membuktikan bahawa saya mampu bersaing di peringkat tertinggi.

“Apa yang pasti, pujian wajar diberikan kepada Asgreen dan O’Connor yang memberikan saingan sengit pada beberapa kilometer terakhir sehingga ke garisan penamat.

“Saya juga mahu kongsikan keputusan positif ini bersama pasukan yang bekerja keras sejak beberapa bulan lepas,” kata pelumba kelahiran Slovenia berusia 29 tahun itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI