fbpx

[VIDEO] Dua lelaki didakwa curi pakaian di dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tular tersebut.

PETALING JAYA – Tular rakaman yang direkodkan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah dobi layan diri memaparkan tindakan dua orang lelaki yang didakwa mencuri pakaian pelanggan di sana.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook, Shahx dan turut dikongsikan ke kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

“Penyamun pakaian dobi,” dakwa pengguna Shahx.

Menerusi waktu yang tertera pada rakaman CCTV itu, kejadian berlaku sekitar pukul 5.51 pagi tadi, namun lokasi sebenar belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, tindakan dua lelaki yang datang dengan menaiki sebuah motosikal tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja sebelum keluar membawa beberapa pakaian bersama beg pakaian yang ditinggalkan pelanggan dobi berkenaan.

Setakat 30 minit video itu disiarkan, masih belum menerima sebarang komen namun telah mendapat lebih 2,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI